Beliau menuntut kami melakukan perubahan diri dari segi minda dan sikap. Jadi inilah salah satu tujuan kami selepas ini, melakukan perubahan pada diri. Perubahan positif. Jadi tunggu apa lagi.........
You are a chosen generation, a royal priesthood, a holy nation, His own special people. 1 Peter 2 : 9
Tuesday, August 10, 2010
Refleksi.....
Kelas hari ini adalah kelas yang keempat bersama pensyarah TM. Beliau agak tegas berbicara mengenai kebolehan dan kredibiliti yang perlu ada pada kami untuk menjadi seorang guru . Walaupun demikian kata - katanya membuka minda kami. Seorang guru perlu berfikiran luas, kaya ilmu, mempamerkan ciri - ciri kekuatan teori dan mampu memberikan mahupun menyuarakan pendapat dan idea. Inilah beberapa isi utama yang kami telah terima hari ini. Minda yang telah diset untuk menerima sahaja dan sikap menunggu untuk "disuap" perlu diubah ujar beliau. Beliau juga menjelaskan bahawa seorang guru harus boleh mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan Kursus Persediaan dan inilah kesempatan yang kami ada untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memilih dan menggunakan perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebelum kami melangkah ke kursus ijazah Sarjana Muda dan seterusnya ke sekolah untuk mengajar pada masa depan. Murid sekolah rendah pada masa kini sudah didedahkan pada teknologi dan sebilangan besar daripada mereka sangat mahir.Jadi apa kata mereka jika guru mereka tidak mengetahui apa - apa tentang teknologi. Jadi penuhkanlah ilmu di dada sementara masih berkesempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment