Monday, September 27, 2010

REFLEKSI

             Minggu ini adalah minggu yang ke 14 sesi pembelajaran di IPGKTB. Banyak perkara telah saya pelajari dari awal hingga sekarang. Bagi saya, kelas Teknologi Maklumat adalah kelas yang paling banyak memberi saya pengetahuan baru.
            Bagi saya, pensyarah kelas ini En. Nik Ibrahim Nik Mat adalah seorang pensyarah yang berpengetahuan luas dan berfikiran terbuka. Pada mulanya saya berasa agak tertekan berada dalam kelas di bawah kelolaan beliau kerana hampir semua yang beliau arahkan untuk dilakukan contohnya membuat blog, LMS dan sebagainya adalah perkara yang sangat baru bagi saya. Ini kerana di sekolah menengah tak pernah didedahkan dengan perkara - perkara sedemikian bahkan di sekolah menengah tidak pernah mengikuti kelas seperti ini.
           Beliau juga punca saya berfikir semalaman bagaimana cara saya mengubah diri saya menjadi individu yang dikatakan beliau, dapat memikirkan dan mengeluarkan idea secara kritis dan kreatif dan yang lebih penting mengubah kebiasaan seperti di sekolah menengah. Saya memerah otak memikirkan apa kebiasaan di sekolah menengah yang tidak harus saya amalkan di IPG ini. Teguran beliau memberi kesan yang amat besar pada saya kerana membuat saya sedar bahawa saya perlu berubah.

Friday, September 24, 2010

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

learning management system (commonly abbreviated as LMS) is a software application for the administration, documentation, tracking, and reporting of training programs, classroom and online events, e-learning programs, and training content. As described in (Ellis 2009) a robust LMS should be able to do the following:
  • centralize and automate administration
  • use self-service and self-guided services
  • assemble and deliver learning content rapidly
  • consolidate training initiatives on a scalable web-based platform
  • support portability and standards
  • personalize content and enable knowledge reuse.

Uses of learning management system
  • managing training and educational records
  • software for distributing courses over the Internet with features for online collaboration
  • Corporate training use LMSs to automate record-keeping and employee registration
  • facilitate access to learning content and administration
  • used by regulated industries (e.g. financial services and biopharma) for compliance training
  • used by educational institutions to enhance and support classroom teaching and offering courses to a larger population of learners across the globe Student self-service (e.g., self-registration on instructor-led training), training workflow (e.g., user notification, manager approval, wait-list management), the provision of on-line learning (e.g., Computer-Based Training, read & understand), on-line assessment, management of continuous professional education (CPE), collaborative learning(e.g., application sharing, discussion threads), and training resource management (e.g., instructors, facilities, equipment), are dimensions to Learning Management Systems.

Monday, September 20, 2010

Bahasa Melayu Bhgn. 2

1.2.2 Definisi “Melayu” dari segi etimologi.
Etimologi : Kajian asal – usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
1.2.2.1     Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan daripada perkataan “hima
                alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat
                bersalji”.
1.2.2.2        Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
1.2.2.3        Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana – mana”.
1.2.2.4        Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
1.2.2.5        Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.
1.2.3 Definisi “Melayu” berdasarkan bangsa.
Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit.
1.2.2.1        Pengertian yang luas
                      i.        UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk kepada bangsa – bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan – kawasan gugusan kepulauan termasuklah orang – orang Melayu di Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagascar. Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

1.2.2.2        Pengertian yang sempit
                      i.        Merujuk kepada pengertian yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia yang termaktub pada Ceraian 160 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa yang dikatakan Melayu ialah orang yang lazim beragama Islam dan dia mestilah warganegara Malaysia.
                    ii.        Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan berkebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidak semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini orang – orang Melayu ialah :

a)    Orang – orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
b)    Orang – orang Melayu yang mendiami kawasan selatan Thai, pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga) da beragama Kristian dan Buddha.
c)     Orang – orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian.
d)    Orang – orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama atau mempunyai agama lain.

Bahasa Melayu Bhgn. 1

           Pengenalan
Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara seperti di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa rasmi bagi lima buah negara yang iaitu Malaysia, Singapura, Brunei,  Indonesia dan Timor Leste. Sejak kebelakangan ini, kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia dan pada hari ini bahasa Melayu digunakan dan dan dimengerti oleh lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia. Bahasa ini telah mengambil tempat sebagai salah satu bahasa yang terbesar di dunia mendahului beberapa bahasa seperti bahasa Jepun dan bahasa Itali dari segi jumlah penuturnya.

       1.1  Konsep bahasa Melayu
1.1.1 Definisi awal istilah “Melayu”.
1.1.1.1        M. Ptolemy menggunakan istilah maleu – kolon dalam karyanya yang berjudul
Geographike Sintaxis.
1.1.1.2        Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan Malaya – dvipa.
1.1.1.3        Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo – lo – yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644 – 655 Masihi.
1.1.1.4        Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I – Tsing yang menggunakan kata ma – lo - yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
1.1.1.5        Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un – lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
1.1.1.6        Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
1.1.1.7        Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.