Monday, September 20, 2010

Bahasa Melayu Bhgn. 2

1.2.2 Definisi “Melayu” dari segi etimologi.
Etimologi : Kajian asal – usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
1.2.2.1     Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan daripada perkataan “hima
                alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat
                bersalji”.
1.2.2.2        Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
1.2.2.3        Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana – mana”.
1.2.2.4        Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
1.2.2.5        Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.
1.2.3 Definisi “Melayu” berdasarkan bangsa.
Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit.
1.2.2.1        Pengertian yang luas
                      i.        UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk kepada bangsa – bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan – kawasan gugusan kepulauan termasuklah orang – orang Melayu di Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagascar. Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

1.2.2.2        Pengertian yang sempit
                      i.        Merujuk kepada pengertian yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia yang termaktub pada Ceraian 160 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa yang dikatakan Melayu ialah orang yang lazim beragama Islam dan dia mestilah warganegara Malaysia.
                    ii.        Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan berkebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidak semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini orang – orang Melayu ialah :

a)    Orang – orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
b)    Orang – orang Melayu yang mendiami kawasan selatan Thai, pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga) da beragama Kristian dan Buddha.
c)     Orang – orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian.
d)    Orang – orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama atau mempunyai agama lain.

No comments:

Post a Comment