Monday, September 20, 2010

Bahasa Melayu Bhgn. 1

           Pengenalan
Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara seperti di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa rasmi bagi lima buah negara yang iaitu Malaysia, Singapura, Brunei,  Indonesia dan Timor Leste. Sejak kebelakangan ini, kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia dan pada hari ini bahasa Melayu digunakan dan dan dimengerti oleh lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia. Bahasa ini telah mengambil tempat sebagai salah satu bahasa yang terbesar di dunia mendahului beberapa bahasa seperti bahasa Jepun dan bahasa Itali dari segi jumlah penuturnya.

       1.1  Konsep bahasa Melayu
1.1.1 Definisi awal istilah “Melayu”.
1.1.1.1        M. Ptolemy menggunakan istilah maleu – kolon dalam karyanya yang berjudul
Geographike Sintaxis.
1.1.1.2        Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan Malaya – dvipa.
1.1.1.3        Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo – lo – yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644 – 655 Masihi.
1.1.1.4        Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I – Tsing yang menggunakan kata ma – lo - yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
1.1.1.5        Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un – lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
1.1.1.6        Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
1.1.1.7        Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

No comments:

Post a Comment