Monday, October 18, 2010

http://nipuhawang-awis.blogspot.com/: 6 Hakers Paling Brutal

http://nipuhawang-awis.blogspot.com/: CARA MELAJUKAN CAPAIAN INTERNET ANDA

http://nipuhawang-awis.blogspot.com/: CARA MELAJUKAN CAPAIAN INTERNET ANDA: "CARA MELAJUKAN CAPAIAN INTERNET ANDA 1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna bi..."

http://nipuhawang-awis.blogspot.com/: Bagaimana Akaun Laman Sosial Ataupun Email digodam?

Guru..Cikgu..Pendidik..Pengajar

Layakkah saya menjadi seorang guru? Persoalan ini selalu bermain di fikiran sejak menuntut di IPG ini. Untuk menjadi seorang 'cikgu', ia memang mudah  tetapi proses untuk menjadi seorang guru itu ternyata tidak mudah seperti yang disangka.
Pada pandangan saya, seorang guru yang layak yang dipanggil cikgu ialah seorang yang penuh dengan ilmu di dada selain mempunyai ketinggian adab dan sahsiah diri yang unggul.

Monday, October 11, 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Sumber Maklumat : Portal Pendidikan Utusan

Tuesday, October 5, 2010

Mari berkenalan dengan tempat asalku.....KOTA BELUD KOTA KOBOI

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer daripada Kota Kinabalu ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Daerah ini yang turut mendapat jolokan nama sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

 Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai 'Kubu Pertahanan di atas Bukit'. Kota Belud adalah salah satu daerah di Sabah yang kaya dengan adat dan budaya yang unik dan pelbagai. Pertembungan budaya dan adat berlaku di kalangan penduduk yang sebahagian besarnya adalah komuniti Bajau Muslim dan suku kaum Kadazandusun serta Irranun. 

            Sehingga ke hari ini Tamu Kota Belud (Tamu hari Ahad) yang dikenali ramai ini masih memainkan peranannya sebagai tempat bagi masyarakat yang berasal daripada pelbagai komuniti untuk bertemu dan berdagang. Pasar mingguan ini menjadi teropong yang memaparkan semua pemandangan, bunyi-bunyian dan bau-bauan  setiap kali para peniaga berkumpuuntuk menjual hasil keluaran mereka di sini.Daripada tumbuhan hijau sehinggalah kepada kuih-muih tempatan yang enak, para peniaga dengan bangganya mempamerkan barangan mereka untuk menarik  para pembeli bertawar-menawar dengan mereka.
           Sekali setahun, Kota Belud menjadi hos bagi Tamu Besar – satu acara tahunan yang menarik kunjungan dan penyertaan masyarakat ke daerah ini.  Tamu Besar yang bermaksud Pasar Besar atau secara literalnya bermaksud tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah.  Inilah masanya para peniaga keluar beramai-ramai bersama-sama barangan dagangan mereka dan masyarakat tempatan mempamerkan kepelbagaian dan warna-warni budaya Kota Belud.  Pemandangan yang  semestinya tidak dilepaskan ialah Koboi Timur yakni penunggang kuda Bajau yang menunjukkan kemahiran menunggang kuda bersama-sama kuda yang dihias dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni.  Masa yang sesuai untuk menyaksikan sendiri sukan tradisi seperti lumba kerbau dan pemahkotaan Ratu Cantik Sarempak/Senisip.
PINTU UTAMA TAMU MINGGUAN KOTA BELUD
GADIS - GADIS YANG MENYERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK SAREMPAK / SENISIP.
INILAH KOBOI - KOBOI KOTA BELUD.
     
Monday, October 4, 2010

Pembangunan Pendidikan Di Sabah

Tahun 1909 -  British Chartered Company secara rasmi menubuhkan Jabatan Pelajaran dengan tujuan mengawasi sekolah sekolah yang dibiayai dan dibina oleh mubligh kristian bagi sekolah rendah dan menengah berpengantar Bahasa Inggeris dan oleh masyarakat cina yang mendirikan sekolah cina untuk anak anak cina, manakala anak-anak bumiputra mendapat pelajaran di sekolah rendah kerajaan yang berpengantar Bahasa Melayu.

Tahun1956 -  Satu laporan yang bernama Laporan Woodhead pada tahun 1956 telah digubal, bagi mengawal dan menjadi dasar perkembangan sistem persekolahan di Sabah pada waktu itu.

Tahun 1963 - Pada 16 September, Sabah menyertai Malaysia maka Jabatan Pelajaran Sabah menjadi sebahagian daripada Kementerian Pelajaran Persekutuan. Namun mengikut perjanjian antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia telah bersetuju bahawa dasar dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah tetap di bawah kawalan kerajaan negeri sehingga satu persetujuan yang lain dicapai. Dalam hal ini dasar pelajaran adalah dikelolakan oleh Jabatan Ketua Menteri dan Pengarah Pelajaran Sabah akan terus dinasihatkan oleh Lembaga Pelajaran dan Jawantankuasa Pelajaran Tempatan.

Tahun 1973 -  Kerajaan pusat juga menubuhkan ITM (UiTM) cawangan Sabah

Tahun 1976 - Kerajaan Sabah telah menerima sistem pendidikan kebangsaan apabila Akta Pelajaran 1961 dilaksanakan sepenuhnya di Sabah. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa pengantar di sekolah - sekolah rendah sejak tahun 1970 yang telah menggantikan Bahasa Inggeris.

Tahun 1978 - Kerajaan pusat menubuhkan UKM cawangan Sabah.

Tahun 1981 - Bahasa Malaysia seterusnya menjadi bahasa pengantar di sekolah sekolah rendah dan menengah sehingga sekarang ini manakala Jabatan Pelajaran Sabah pula berfungsi sebagai sebuah kementerian mini di mana pelbagai bahagian seperti yang terdapat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini termasuklah bahagian-bahagian ikhtisas dan pentadbiran am. Mengenai pengajian tinggi pula kerajaan pusat telah menambahkan bilangan Maktab Perguruan dengan menubuhkan Maktab Perguruan di Keningau dan Maktab Perguruan di Sandakan selain Maktab Perguruan Gaya dan Maktab Perguruan Kent (kini dipanggil Institut Pendidikan Guru) yang sedia ada bagi melatih bilangan guru yang amat diperlu oleh kerajaan Sabah.

Tahun 1993 - Kerajaan pusat menubuhkan Universiti Malaysia Sabah bagi melatih tenaga kerja separa mahir dan professional yang diperlukan oleh kerajaan Sabah bagi membangunkan ekonomi khasnya Malaysia amnya.

Institut Perguruan di Malaysia

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
  2. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  5. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail
  6. Institut Perguruan Gaya
  7. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Ilmu Khas
  8. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh]
  9. Institut Perguruan Keningau
  10. Institut Perguruan Kent
  11. Institut Perguruan Kota Bharu
  12. Institut Perguruan Perempuan Melayu
  13. Institut Perguruan Persekutuan Perlis
  14. Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
  15. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
  16. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
  17. Institut Perguruan Rajang
  18. Institut Perguruan Raja Melewar
  19. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
  20. Institut Pendidikan Guru Kampus Sandakan
  21. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
  22. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
  23. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
  24. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
  25. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
  26. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
  27. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
  28. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LIRIK LAGU GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

HARI GURU DI MALAYSIA

          Semasa bergelar murid setiap kali Hari Guru disebut yang ada dalam bayangan saya hanya sambutan hari Guru yang diadakan di sekolah dan setiap kelas akan memberi hadiah kepada guru kelas. Saya sendiri turut memberi hadiah kepada guru yang saya gemari. Setakat itu sajalah pandangan saya terhadap hari Guru.

           Tetapi sejak bergelar guru pelatih, saya amat berminat untuk mengetahui makna sebenar hari Guru dan semua yang berkaitan dengannya. Setelah merujuk dari pelbagai sumber, saya akhirnya telah mengetahui apakah itu hari Guru.

            Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF.

  •  Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  •  Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  •  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  •  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  •  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

TEMA HARI GURU

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

Kini saya mengakui apa yang dikatakan oleh guru saya semasa saya bergelar murid dahulu benar. Hanya orang yang terlibat dengan pendidikan yang benar - benar mengetahui apa hari Guru itu. Ini kerana hati saya sendiri baru terbuka untuk menyelidiki tentang hari Guru......

Bosan belajar??

           Belajar adalah suatu perkara yang menyeronokkan namun kadang kala apabila kita belajar hanya dengan menggunakan satu  buku sahaja sudah tentu kita akan menjadi bosan belajar. Apatah lagi jika kita belajar dengan cara yang sama setiap hari. Oleh itu untuk menghilangkan rasa bosan belajar kita boleh mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar belajar dapat dijadikan aktiviti harian yang tidak membebankan.
          Bahan yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan daripada internet. Bahan seperti ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.
          Dari segi kaedah pula, saya berpendapat belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah lebih baik jika berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih. Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.
                Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik. Saya sendiri juga gemar belajar sambil mendengar muzik. Menurut pengetahuan saya, amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehingga hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun semasa melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang sukar mendengar muzik adalah kurang sesuai dilakukan. 

Guru pemupuk budaya membaca

membaca1
Walau apa sahaja kecanggihan perkakasan dan perisian yang digunakan dalam sistem penyampaian maklumat, membaca merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya memahami maklumat tersebut.
Proses ini berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam kalangan murid. Memang tidak dapat dinafikan membaca merupakan proses yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta susunan grafik yang terdapat pada halaman-halaman buku tersebut amat mempengaruhi daya tarikan membaca.
Tidak hairanlah kenapa buku-buku atau majalah-majalah yang mempunyai saiz huruf  yang besar serta susunan grafik yang menarik dan berwarna –warni menjadi pilihan murid-murid. Manakala buku yang terlalu tebal, saiz huruf yang kecil dan tidak mempunyai gambar, kurang digemari oleh mereka. Dalam hal ini guru harus memainkan peranan yan penting dalam usaha memupuk budaya membaca. Mereka tidak seharusnya memberi arahan sahaja  kepada pelajar untuk membaca tetapi perlu merangka aktiviti yang sesuai dan menarik agar rasa bosan dapat ditangani.
Sebagai contoh aktiviti yang dirancang oleh guru bolehlah mengandungi arahan seperti berikut:
• Mencari dan menerokaMencari maklumat dan meneroka kisah yang terdapat di dalamnya.
• Menyenarai :Menyenarai maklumat yang berkaitan dengan topic yang dibaca
• MelakarMelakar peta minda atau bentuk grafik yang lain
• MenilaiMembuat jangkaan, mengkaji kebaikan atau kelemahan dan membuat cadangan terhadap bahan bacaan tersebut.
• Mempersembah menyampaikan isi bacaan yang dilakar dalam pelbagai bentuk dan gaya persembahan seperti lakonan, bacaan berirama, berhujah dan sebagainya mengikut kesesuaian tahap masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas sebenarnya telah menggabungkan pelbagai deria dan gaya belajar serta mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan yang ada pada seseorang  murid. Malah aspek pemikiran kritis dan kreatif serta budaya inovasi sudah digarapkan dalam aktiviti ini.
Guru seharusnya kreatif dalam proses merancang corak pembelajaran dan pemilihan media pengajaran kepada murid-murid. Kekangan masa serta hal-hal lain tidak harus dijadikan alasan kenapa pengajaran yang berasaskan sumber dan aktiviti tidak dapat dijalankan.
Perancangan yang rapi, pemilihan yang bijak  serta jiwa yang ikhlas mampu mewujud pembelajaran yang menarik dan berkesan ke arah pembentukan modal insan yang bermaklumat dan mulia.

sumber maklumat : Berita Harian

Sejarah Pendidikan Di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah

  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;

  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah

  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada              Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.