Monday, August 23, 2010

Mengapa Multimedia Diberi Keutamaan Dalam Banyak Segi Saluran Maklumat?

       Multimedia adalah perkataan yang kita sering dengar pada masa sekarang apabila memperkatakan tentang komputer. Di dalam dunia teknologi maklumat pada masa sekarang di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang banyak,oleh itu adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat - maklumat ini dengan cara yang paling baik dan memberi makna kepada kita dan orang lain. Oleh yang demikian, pada era multimedia ini teknologi multimedia adalah wadah terbaik untuk hal ini.
      Kelebihan multimedia yang boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video mampu memberikan kesan yang besar dalam pelbagai bidang. Contohnya, dalam bidang pendidikan multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan lebih bermutu. Dengan bantuan teknologi multimedia pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran secara menyeluruh. Dengan penggunaan multimedia sebagai saluran maklumat guru - guru juga dapat mengubah kaedah pengajaran mereka.                                          
    
     Multimedia turut menjadi pilihan utama untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna dan pembeli dalam bidang pemasaran dan periklanan. Ini kerana multimedia dapat memberi minat kepada penonton dengan mencantumkan unsur animasi, audio, klip video dalam satu persembahan saja.  
    
    Di era teknologi ini juga, multimedia mengubah cara kita membaca surat khabar dengan menyediakan perkhidmatan berita di internet. Dengan teknologi multimedia, dengan mudahnya berita - berita sampai kepada kita.

No comments:

Post a Comment