You are a chosen generation, a royal priesthood, a holy nation, His own special people. 1 Peter 2 : 9
Monday, August 16, 2010
Isu Kelonggaran Pendidikan
Penghapusan peperiksaan ujian penilaian rendah (UPSR) dan peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR) adalah isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang di negara kita. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemansuhan UPSR dan PMR yang akan mengubah sistem pendidikan negara kerana dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga gagal melahirkan modal insan serba boleh. Beliau juga mengatakan bahawa mungkin peperiksaan ini akan diteruskan tapi bukan sebagai peperiksaan awam, tapi sebagai penilaian di peringkat sekolah sahaja. Namun dari sudut pandangan saya, peperiksaan PMR dan SPM perlu diteruskan. Ini kerana peperiksaan ini adalah satu permulaan ujian kepada pelajar untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka untuk menguasai pelajaran mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan yang lebih penting lagi seperti SPM dan STPM. Selain itu, peperiksaan ini dapat menjadi wahana untuk guru dan juga ibu bapa mengukur kebolehan pelajar dan anak-anak mereka . Berdasarkan pengalaman saya sendiri juga, pelajar akan lebih berminat untuk belajar bagi mendapat keputusan cemerlang yang "diiktiraf".Lagi pun sampai bila mahu diubah sana sini? Namun begitu, dari segi yang lain, saya bersetuju dengan penghapusan PMR dan SPM ini sekiranya sistem pendidikan yang akan diganti ini lebih baik daripada apa yang ada sebelum ini demi kepentingan pelajar dan negara.Renung - renungkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment