Friday, July 15, 2011

Pengucapan Awam yang pertama...^^

Dua minggu lagi saya akan menyampaikan pengucapan awam untuk pertama kalinya dalam hidup saya.
Macam - macam perasaan timbul. Takut, gementar, risau menghantui jiwa. Namun begitu, demi kerjaya perguruan yang dicintai saya rela mengharungi segalanya.^^

Tips -tips mengawal kegugupan dan gemuruh semasa menyampaikan pengucapan awam.

KAEDAH PSIKOLOGI
 Kaedah ini dapat dilakukan dengan mengingatkan cara melakukan bisikan kendiri iaitu dengan mengingatkan diri kita sendiri mengenai perkara-perkara berikut:

1. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa sememangnya fitrah manusia bahawa kita akan berasa gementar apabila berhadapan dengan audien.

2.Sekiranya kita dapat mengawal perasaan gemuruh denga baik maka ia akan membawa  kesan yang positif dan boleh membantu kita meningkatkann prestassi dan kecemerlangan dalam penyamapain pidato.

3. Kita kelihatan dan rasa lebih yakin dari apa yang kita rasai dan orang lain tidak tahu yang kita gemuruh.
 Semua manusia mempunyai perasaan gemuruh walaupun telah banyak pengalaman berpidato di hadapan khalayak ramai. Kalau kita tidak mempunyai perasaan gemuruh, ada kemungkinan kita terlalu yakin, tidak menghormati audien.

4. Pada dasarnya audien bersimpati dan mengharapkan kita berjaya dalam pidato kita. Oleh yang demikian, persediaan yang rapi dan latihan yang mencukupi akan dapat mengurangkan perasaaan gemuruh kita.

5. Fokuskan pemikiran kepada apa yang disampaikan dan jangan terlalu ikut perasaan yang audien sentiasa memandang dan cuba menilai kita.

KAEDAH FIZIKAL
Kaedah ini akan mengurangkan rasa gemuruh sekiranya ia dapat dilakukan sebelum menyampaikan pidato.
1. Buang segala tekanan dari dalam badan seperti buang air besar dan kecil sebelum masuk ke dalam dewan berucap.

2. Longgarkan segala otot-otot yang tegang akibat dari tekanan perasaan dengan melakukan senaman-senaman ringan untuk tangan, kaki, leher, mulut, pinggang dan sebagainya.

3. Menarik nafas panjang-panjang iaitu sebanyak 10-15 kali tiap-tiap 10 minit salama satu jam sebelum berucap. Amalkan pernafasan secara recharging iaitu dengan bernafas seperti biasa dan memaksa angin keluar melalui mulut dengan menggunakan perut.

4. Ikat kemas-kemas tali kasut, tali pinggang, tali leher, kain samping dan sebagainya supaya kita lebih selesa dan tenang.

Diharap semua tips - tips ini dapat membantu mengatasi rasa gemuruh saya...SELAMAT BERUCAP^^

No comments:

Post a Comment