Tuesday, October 5, 2010

Mari berkenalan dengan tempat asalku.....KOTA BELUD KOTA KOBOI

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer daripada Kota Kinabalu ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Daerah ini yang turut mendapat jolokan nama sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

 Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai 'Kubu Pertahanan di atas Bukit'. Kota Belud adalah salah satu daerah di Sabah yang kaya dengan adat dan budaya yang unik dan pelbagai. Pertembungan budaya dan adat berlaku di kalangan penduduk yang sebahagian besarnya adalah komuniti Bajau Muslim dan suku kaum Kadazandusun serta Irranun. 

            Sehingga ke hari ini Tamu Kota Belud (Tamu hari Ahad) yang dikenali ramai ini masih memainkan peranannya sebagai tempat bagi masyarakat yang berasal daripada pelbagai komuniti untuk bertemu dan berdagang. Pasar mingguan ini menjadi teropong yang memaparkan semua pemandangan, bunyi-bunyian dan bau-bauan  setiap kali para peniaga berkumpuuntuk menjual hasil keluaran mereka di sini.Daripada tumbuhan hijau sehinggalah kepada kuih-muih tempatan yang enak, para peniaga dengan bangganya mempamerkan barangan mereka untuk menarik  para pembeli bertawar-menawar dengan mereka.
           Sekali setahun, Kota Belud menjadi hos bagi Tamu Besar – satu acara tahunan yang menarik kunjungan dan penyertaan masyarakat ke daerah ini.  Tamu Besar yang bermaksud Pasar Besar atau secara literalnya bermaksud tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah.  Inilah masanya para peniaga keluar beramai-ramai bersama-sama barangan dagangan mereka dan masyarakat tempatan mempamerkan kepelbagaian dan warna-warni budaya Kota Belud.  Pemandangan yang  semestinya tidak dilepaskan ialah Koboi Timur yakni penunggang kuda Bajau yang menunjukkan kemahiran menunggang kuda bersama-sama kuda yang dihias dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni.  Masa yang sesuai untuk menyaksikan sendiri sukan tradisi seperti lumba kerbau dan pemahkotaan Ratu Cantik Sarempak/Senisip.
PINTU UTAMA TAMU MINGGUAN KOTA BELUD
GADIS - GADIS YANG MENYERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK SAREMPAK / SENISIP.
INILAH KOBOI - KOBOI KOTA BELUD.
     
5 comments:

  1. Wah...siap promote lagi...hidup Sabah~~~~hahaha

    ReplyDelete
  2. syukurlah saya berbangga melihat kebudayaan suku kaum Bajau kota belud merupakansatu pesta tahunan samalah dengan regatta lepa2 yang diadakan di Semporna. kedua-duanya asal-usul yang serumpun dalam bangsa bangsa yang dianggap hebat perkudaan dan perlayaran. mengikut sarjana barat yang banyak mengkaji siapakah Bangsa Bajau di nusantara yang dikatakan begitu hebat dalam ilmu pelayaran dan hebat menunggang kuda berbanding suku lain di Malaysia...mengikut sejarah Bajau dianggap penting dunia perang, perdagangan dan perhubungan serta penyebaran Islam secara umumnya, kemahiran suku Bajau itu diakui oleh banyak pihak darisegi menunggang kuda dalam perang dan bijaksananya dalam ilmu pelayaran, perdagangan dan penyebaran Islam di nusantara cukup hebat...kini zaman sudah mengubah wajah kehebatan Bajau ke era mengagungkan dunia perang dan dunia pelayaran telah dijadikan pesta untuk mengingati keagungan dan kehebatan bajau iaitu Pesta berkuda di Kota belud dan Regatta Lepa2 di Semporna.'